RSS

tomato.




Salah satu buah dan sayur yg paling nis gemari adalah tomato.lagi lagi tomato sejuk yg dr dlm peti itu bisa sahaja nis makan mentah2.mama nis juga suka sapu tomato pada wajahnya.kadang2 nis terikut kalau mood nis rajin menjaga kecantikan nis suka letak dn sapu isi tomato pada kulit wajah sebelum tidur dan biarkan ia kering ketika sedang tidur dan basuh pada besok paginya.nis juga sgt suka sapu tomato bila lepas pulang dari kuliah.cuaca egypt yg panas membahang sememangya akan membakar kulit nis.ternyata hasilnya sungguh menyegarkan kulit wajah!dan terasa licin dn gebu.org tua kata kalau sapu tomato muda2 boleh buat awet muda.betulkah?!

cubalah makan tomato mentah dan mencuba masker tomato agar kulit sentiasa cantik dn gebu.wanita2 arab egypt mempunyai kulit yg sgt cantik.dan rahsia mereka adalah kerana makanan wajib mereka adalah tomato.setiap makanan hari2 yg dimasak mesti ada tomato dn zaitun!selain itu mereka suka mandi susu segar ala ala cleopatra.wah ini nis mesti cubalah kan ;)

btw,makanlah tomato kerana dia ade anti oksidant.hari hari kulit kita selalu terdedah dgn radiation dari alat2 electronik dn sebagainya.oleh itu kita haruslah menjaga pemakanan kita untuk mengelakkan mendapat kanser.nowadays kadar penyakit kanser menunjukkn peningktn.bimbangkan!muda muda ni lah nk kene jaga makanan.jgn makan lemak2 sgt.lagi2 lemak ayam yg dicucuk hormon.

ok,lets check it out more khasiat tomato nih.tadaaaa....

Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

selamat beramal!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

chenurulhusna said...

patot la kulit nis santekkkkkkkkkkkkkkkk (=

rya hana~ said...

husnaaa pun!!^_^.alhamdulillah~

Post a Comment