RSS

ubat untuk pintar dan power!

hmm.seronok 2 3 hari ini sejak umi housemate saya dtg ke rumah.banyak yang kami bincangkan.seronok pabila bercerita dan berkongsi masalah dengan orang yang lebih banyak makan garam dari kita ni.banyak bende boleh belajar.dan banyak juga skill dan tips kehidupan yang boleh di jadikan panduan.tapi sangat rugi juga sebab kalu tidak dicatat segala akan terbang hilang entah kemana.macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.hihi.tapi kalu boleh lebih baik terus meresap ke dlm hati kita ni.dan tanam pada diri bende2 pesanan ni kene ingat betul2.dan cuba train minda dan ingatan kita untuk trus ingat.dan salah satu cara juga kita catat dlm diary ke or anything sebab manusia ini mudah lupa kan.;)

hmm..sejak cuti ni saya da jarang membaca buku medik.ada rakan yang menghulur novel inggeris untuk dihabiskan.sempatlah saya baca 2 3 muka surat di matar hari tu.lepas tu sampai sekrg saya x sambung lagi;)..hmm..cuma kala bosan tu ada saya juga saya membaca buku motivasi Dr.HM TUAH yang saya borong di malaysia cuti summer yang lepas.belum tersentuh pun buku tu.cuti ni sempatla saya belek sikit2 dan lama2 mcm nk terlekat baca pula..seronok menghalusi penulisan beliau yang lebih kepada santai dan bercerita..;)..

tertarik saya dengan petikan isinya yang menceritakan tentang sebaik-baik teman adalah hati..

..bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat plg setia..
..org lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda tetapi ingat diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami.jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri,lantaran dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda.orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri sendiri yang mengetahui sama ada nasihat2 itu sebenar-benarnya baik untuk anda. bukan sumea nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan,lantaran anda sahaja mengetahui apakah ia sesuai,tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

..ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengitu
rasa hati.ituberbeza dengan suara hati.rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas,rasa tidak peduli,malah rasa sakit sedangkan suara hati adalah teman berbual terutamanya tika kesunyiaan.suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu.apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil sumea kekurangan dan kelebihan anda....

saya juga tertarik dengan petikan isinya yang menceritakan tentang ubat untuk pintar dan power!.hihi..

dalam tajuk ini,DR.. menceritakan kisah orang yang melayu yang mudah sgt terpengaruh iklan2 produk2 yang boleh dapat bagi kita cepat berjaya..

contohnya iklanya:Produk IQ+++ sangat berkesan.dulu anak saya selalu dpt markah rendah dlm peperiksaan.sejak guna produk IQ+++ sekarang pencapaian dia amat menakjubkan!

itulah org Islam kita,orang melayu kita,mudah sangat terpengaruh dengan keajaiban,mahu cepat sampai,mahu cepat dapat,mahu cepat kaya,mahu cepat sihat,mahu cepat segala-galanya..yela..memanglah bagus kalu produk2 itu dapat beri kecerdasan dan kesihatan yang baik pada diri.itu bagus.cuma ada bende yang lebih penting yang kita kene sedar disebalik meniti kearah kejayaan itu..iaitu kemahuan dalam diri sendiri untuk berjaya.abistu kenapa ramai je yg makan produk2 nk jadi cerdik ni,tetapi sume x jadi terror giler.PLUS,masih malas sangat2 nk belajar dan menuntut ilmu..kalau zaman gemilangnya islam atau zaman mak ayah nenek atuk kita dahulu..manalah ada sumea ini,ramai yang dibesarkan dengan nutrient yang tidak sempurna,ubi kayu menjadi sarapan dan makanan utama sewaktu di sekolah dulu,selalu je lapar kerana jarang dibekalkan wang oleh ibu bapa masing2,kayuh basikal 20 kilometer pergi balik di bawah pancaran matahari yang terik..kadang2 ditimpa hujan sepanjang perjalanan,tidak pernah ada pemakanan minda dan ubat untuk pintar tetapi still berakhir menjadi insan yang berjaya dlm bidang masing2..

itulah kejayaan seseorang bukan terletak pada pintar mana diri kita atau banyak mana bakat yang dimiliki,tetapi kesedaran,kemahuan dan keberanian untuk mencipta kejayaan.dan kita sebagai manusia yang pastinya ALLAH S.W.T telah kurniakan kita terlalu byk nikmat dan kelebihan haruslah berani dan berusaha bertindak menggunakan segala kelebihan yang kita ada..insyaAllah..dengan hati yang sentiasa berdoa mengharapkan kejayaan dunia dan akhirat kepadaNya,kita umat Islam mampu cemerlang!Amin..insyaALLAH..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment