RSS

hai ;)

                                                                     sinai,2008

Assalamualaikum wbt.

MashaAllah, rindu meluahkan perkongsian cerita2 kehidupan sudah lama betapa di hati. Alhamdulillah dikurniakan Allah kemudahan untuk berkunjung semula ke blog yg sudah lama bersarang dan berhabuk ini.
MashaAllah rindu sekali menekan butang2 huruf di keyboard ni. sungguh rindu untuk menulis dekat blog!

sedar tidak sedar rupannya sudah 4 tahun sy mempunyai blog. Sungguh tatkala sy menulis ini, memori silam yg begitu byk sy ukirkan di sini menerpa kembali. Saya ingat lagi sy buat blog ini ketika sy tinggal di rumah dekat wikalah,6th october street,mansoura tika sy berada tahun ke 2 dlm pengajian perubatan. Dan kini hanya tinggal 3 bulan untuk sy menghabiskn perjuangan dlm menuntut ilmu medical ini. 6 tahun setengah yg menggamit seribu sejuta kenangan yg tidak mampu untuk sy lupakan dn pastinya kalimah pujian pujian kepada Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yg paling berhak sy harus ucapkan di atas segala nikmat dn kurniaannya yg tidak terhingga ini.

Banyak perkara telah berlaku dlm jangka masa yg dilalui itu..dan itulah masa yg Allah beri untuk membentuk sy yg ini yg skg ini senang menulis. Mungkin byk yg telah berubah pada diri sy, yg baik ataupun yg buruk, namun byk lagi harus sy perbaiki dn belajar dlm mencari erti kehidupan sbg seorg hamba yg mendambakan ketenangan dn keberkatan n keredhaanNya serta kasih dn cinta hanya kepadaNya. banyak kali sy jatuh tersungkur, namun begitu rahmat Allah S.W.T itu sungguh tidak putus2. Saya berharap juga agar sahabat2 sy yg membaca nukilan sy ini turut berada dlm lembayung rahmat serta kasih sayangNya yg tidak terhingga. amin2 ya rabbul alamin.

Tidak sampai 14 hari lagi sy akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek surgery. moga Allah memberi kekuatan kepada sy untuk melakukan yg terbaik di dlm peperiksaan kali ini. tiada yg lebih diharapan melainkan keberkatan ilmu yg dipelajari serta keberkatan apabila ilmu itu disampaikan serta digunakan untuk membantu serta memberikan manfaat kepada org lain. Tiada juga yg lebih sy mengharapkan melainkan doa dari sahabat2 sy yg jauh atau dekat.  hati sy sedang sebu dn sebak mengenangkan detik2 terakhir sebelum pulang ke tanah air. sedih kerana sy sudah cintakan mesir dn seluruh isinya! ;(

Salam rindu, salam sayang,
sophylleahana
22/10/2013
nokity,istad gamaah, mansooura


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

panas

#Panasmu bukan negatif#

Panas terik mentari semakin terasa bahangnya. Lantas ku lihat jam di tangan, "oh patutlah sudah pukul 1 rupanya,panas betul hari ini", desus hati kecilku. Mungkin Mesir sudah mahu bertukar cuaca agaknya. 3 bulan musim panas di setiap dipertengahan tahun bisa mengugat kesabaran sesiapa sahaja, namun 3 bulan ini juga Allah hadiahkan bulan yg berkah iaitu rejab,syaaban dan ramadhan yang tidak terhitung banyaknya pahala,rahmat dan kebaikan daripada Nya. MasyaAllah.." aku bermonolog sendirian. Menyelusur jalan pulang ke rumah dari Universiti hari itu begitu tenang sekali, entah kenapa istad gamaah kelihatan begitu lengang. Selalunya penuh sesak dengan manusia yang kelihatan berkejaran dengan urusan dunia masing masing. Aku tegar melangkahkan kaki pulang walau sedikit kepenatan.Sekali sekali aku sepak anak anak batu di tepi jalan. Comel!. Pohon rendang berbunga unggu terkadang tersapa dek angin yang datang membuatkan hatiku jadi layu. Sungguh aku rasa tenang sekali. Indah.Tidak seperti selalu. Hatiku menjadi sayu mengenangkan ini saat saat terakhirku di bumi Mesir sebelum pulang berbakti di tanah air. Pada saat yang sama di tahun hadapan, telapak kaki ku bukan lagi di sini,berpijak di jalan ini,di bawah mentari yang panas yang sentiasa menemani, tidak lagi berpijak di atas bumi bertuah kurniaan Ilahi...

Mesir panas terik mu mengajar aku banyak erti. Erti bersabar dalam melakukan segala urusan. Erti bersyukur kerana ada insan yang lebih susah dari diriku sendiri. Erti tabah di saat diri rebah jatuh tersungkur. Mesir,pasti aku rindu panas terik matahari yang menyimbah kulit ku saat aku gagah dan sibuk mencari mutiara dan permata disebalik debu debu pasir mu yang berterbangan.

anisezzah zahidi
24/5/2012
1.08pm
mansoura,egypt

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

stronger




Orang kata kehidupan ni harus diteruskan walau apa pun dugaan mendatang. Selagi diberi nafas dan ruang selagi itulah jatuh bangun harus diteruskan. people said " life must go on" although there is lots of obstacle there.

Orang kata juga hidup adalah pilihan. baik pilihan kita inshaAllah baiklah kehidupan kita. dan diri kita sendiri lah yang tahu yg mana terbaik buat kita.

Jadi kenapa perlu gundah gulana?

Buatlah apa yg saja dlm kehidupan kita dengan penuh terbaik or we can say do the best of you that you can do~ Jangan sedih kalau kira rasa kita akan silap membuat sesuatu decision, its ok we can learn frm our mistakes tapi what is most importan is be brave and take the risk.

Don't be sad jika tiada yg memahami, Don't be sad jika tiada yg membantu menguatkan jiwamu, Don't be sad jika tiada siapa pun memahami..

Allah kan ada. He always there and near to us. Pray to Him. He always always loves u.

Walau apa pun cabaran dan dugaan, walau byk mne pun tangisan bercucuran, walau mcm mne pun hati kita penuh luka, jgn biarkan yourself terus terus mengalaminya. Hidup ini harus gembira. Hidup ini harus bahagia. Dan kita lah yg membahagiakan diri kita sendiri dengan pilihan kita..

Forget the past because there is no value for now n then but grap the present so that you can color your future to be wonderful.

Just b happy in everything you do.

Tetapkan hati, bulatkan azam.. and of course be strong!!
we never know how strong we are until being strong is the only choice we have!

sophylleahana
16th April

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

i think it's true . try to read it ;)

PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK









Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.
 

Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.
 

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. 

Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini.


 Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. 

Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.


1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.


2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.


3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,


1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.


2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.


3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.


4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya


Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.


2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Selamat mencuba.
Pak Utih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS