skip to main |
skip to sidebar
#Panasmu bukan negatif#
Panas terik mentari semakin terasa bahangnya. Lantas ku lihat jam di
tangan, "oh patutlah sudah pukul 1 rupanya,panas betul hari ini", desus
hati kecilku. Mungkin Mesir sudah mahu bertukar cuaca agaknya. 3 bulan
musim panas di setiap dipertengahan tahun bisa mengugat kesabaran
sesiapa sahaja, namun 3 bulan ini juga Allah hadiahkan bulan yg berkah
iaitu rejab,syaaban dan ramadhan yang tidak terhitung banyaknya
pahala,rahmat dan kebaikan daripada Nya. MasyaAllah.." aku bermonolog
sendirian. Menyelusur jalan pulang ke rumah dari Universiti hari itu
begitu tenang sekali, entah kenapa istad gamaah kelihatan begitu
lengang. Selalunya penuh sesak dengan manusia yang kelihatan berkejaran
dengan urusan dunia masing masing. Aku tegar melangkahkan kaki pulang
walau sedikit kepenatan.Sekali sekali aku sepak anak anak batu di tepi
jalan. Comel!. Pohon rendang berbunga unggu terkadang tersapa dek angin
yang datang membuatkan hatiku jadi layu.
Sungguh aku rasa tenang sekali. Indah.Tidak seperti selalu. Hatiku
menjadi sayu mengenangkan ini saat saat terakhirku di bumi Mesir sebelum
pulang berbakti di tanah air. Pada saat yang sama di tahun hadapan,
telapak kaki ku bukan lagi di sini,berpijak di jalan ini,di bawah
mentari yang panas yang sentiasa menemani, tidak lagi berpijak di atas
bumi bertuah kurniaan Ilahi...
Mesir panas terik mu mengajar
aku banyak erti. Erti bersabar dalam melakukan segala urusan. Erti
bersyukur kerana ada insan yang lebih susah dari diriku sendiri. Erti
tabah di saat diri rebah jatuh tersungkur. Mesir,pasti aku rindu panas
terik matahari yang menyimbah kulit ku saat aku gagah dan sibuk mencari
mutiara dan permata disebalik debu debu pasir mu yang berterbangan.
anisezzah zahidi
24/5/2012
1.08pm
mansoura,egypt
0 comments:
Post a Comment