RSS

appreciate

Well well ^^v Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. praise to Allah which give all nikmat & rahmatNya. tanpa Nya sungguh aku ini tidak mampu hidup selesa dn sebahagia ini. Betapa besar nikmat yang dikurniakanNya. TanpaNya mungkin aku tidak mampu berdiri dan berjalan diatas muka bumi menjalankan segala amanah dan segala tanggungjawab yg terpikul di bahu ini. Dengan segala kekuasaan dan kebesarNya, segalanya berjalan dengan lancar sekali. even pada yg telah tercipta pada tubuhku sendiri. perjalanan darah yg tiada masalah,tiada pendarahan seperti pesakit haemophilia yg pabila terluka sukar sekali diberhentikan lukanya.Alhamdulillah degupan jantung yang berdegup secara naturanya,tidak terlebih laju sehingga membuatkan aku irritable,anxiety,berdebar2 setiap masa xterhenti,atau terlalu perlahan sampai tak termampu menghirup nafas seperti nyawa2 ikan.segalanya berfungsi dgn lancar sekali. tiada alergic atau gatal2 yg teruk sehingga membuatkan kulitku rosak punah,yg cuma ada adalah jerawat comel yg mungkin dtg dari silap sendiri yg kurang menitik beratkan kebersihan wajah. Telinga yg mampu mendengar dgn baik,mata yg dapat melihat betapa hebatnya ciptaan Allah dari langit hinggalah apa yg terletak diatas muka bumi. betapa beruntungnya aku dapat melihat langit yg ditinggikan tanpa ada satu tiang pun. Beruntungnya aku dapat merasa nikmat kaki yg mampu berjalan serta merasa kesat batu batu kerikil seta pepasir yang halus mulus .Alhamdulillah dapat merasa berpijak aku diatas lapangan muka bumi setiap pagi petang dan malam.Alhamdulillah dapat melihat bagaimana siang itu bertukar menjadi malam yang sunyi sepi. Bersyukurnya pabila dapat merasa dari sudut berbeda,bahawa kecil dn kerdilnya diri kita ini dengan sebesar2 bumi yg Allah ciptakan ini. Ya ALLAH betapa Maha Besarnya Engkau Ya Allah. tak tercapai dek akal memimikirnya kerna bumi dan alam semesta dan segala seluruh isinya ciptaaannya, pasti Engkau sgt3 hebat,Terlalu @ Maha Hebat dari segala yg Engkau ciptakan ini...Allah itu Maha Besar bukan? Allahuakbar!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment