RSS

Maryam



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wangi pusara Masyitah?

-isteri solehah-
-petikan dari Hadiah Buat Muslimah-


Takkala aku membuka lembaran mushaf yang padanya ada surah Maryam, hati begitu terusik dengan cerita ketabahan ibu kepada nabi Allah,Isa a.s. Diuji mengandungkan nabi Allah itu tanpa suami bagi membuktikan bahawa Allah Maha berkuasa melakukan apa apa sahaja dan tiada apa pun yang dapat menghalang Allah itu merupakan suatu ujian yang berat jika aku diuji sebegitu. Namun kesabaran,ketabahan Maryam serta kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang yang tiada bandingan dgn apa2 pun serta syurga sebagai ganjaran sudah cukup untuk melalui ujian dunia itu..

Hati ini sebak mengenangkan diri yang tersangatlah jauh jika dibandingkan keimanan wanita-wanita Islam hebat & terpilih. SubhanaAllah hebatnya pengorbanan mereka jika nak dibandingkan kita ini. Setakat manalah kesusahan yg kita hadapi berbanding dengan mereka sang wanita surga ini!?

Aku teringat perjalanan ku ketika menjejaki bumi Rasulullah S.A.W kekasih Allah yang amat kita sayangi. Tidak kusangka aku dipertemukan oleh seorang wanita Sudan yang begitu baik hatinya. Pertemuan dalam Masjid Nabawi itu hingga kini masih segar dalam ingatanku. Moga ukhuwah yang kami bina ini walaupun hanya sementara itu kekal mekar dalam sanubari. Pernah dilintas di hati ku ketika melambai buat terakhirnya kepada si dia.

"Jika dunia masih tidak mempunyai jodoh untuk kita bertemu,InsyaAllah moga kita berjumpa di surga duhai Maryam".

Ya namanya Maryam. Kebaikan wanita Sudan itu sungguh membuatkan hatiku terusik hingga saat ini. Boleh aku bilang dia seperti ibuku sendiri. Walaupun jarak umur kami terlalu berbeza, aku dilayan seperti anaknya sendiri. Tiada masalah komunikasi di antara kami. Kerana tutur katanya tidak ubah seperti arab amiah Mesir. cuma ada beberapa patah perkataan berbeza. Melonjak gembira di hatiku apabila dapat berbicara dengan dia yang berlainan negara.Aku ingat aku tidak mampu untuk bercakap dengan yang lain selain yang datangnya dari Malaysia dan Mesir.

Aku bertemu Maryam ketika menunggu waktu Zuhur. sengaja aku dan sahabat2ku hari itu ke Masjid awal untuk mendapatkan saf depan. Namun saf2 depan sudah penuh dengan kelibat manusia. Ramai yang sedang enak tidur sambil menunggu laungan azan Zuhur. huhh.aku sedikit kecewa.

"tidak apalah duduk sahaja dahulu pada mana yang ada sambil mengaji nanti bila sudah azan pasti sumea bangun untuk solat.Waktu itu pasti ada ruang,nati cuba masuk lah pada celah celah yang ada" hatiku bermonolong sendirian.

Aku pun melabuhkan diri untuk duduk pada ruang kecil yang ada dan memulakan mengaji.Saat itu aku merasakan orang yang sedang baring disebelah kananku tiba2 bangun memberikan ruang. Katanya " Silakan silakan,Marilah duduk di atas karpet ini "

Sungguh terharu ketika itu. Yelah masakan tidak ada someone yang sanggup berkongsi ruang selesa untuk kita. sempat aku memberikan ucapan syukran.

Dia memulakan bicara dengan bertanyakan tentang apa yang aku baca.Aku tertunduk malu sambil mengatakan aku segan kerana tidaklah sepandai mana membaca Al-Quran dengan sempurna. Lalu dia bersemangat memperlawa untuk mengaji bersamaku. katanya "xapa InsyaALLAH segalanya mudah, mari kita baca sama2 ya." aku mengangguk tanda setuju.

Dia mendengar dan memperbetulkan tajwid dan makhraj. Dia mengajar dan menafsirkan segala makna ayat yang aku baca.Walaupun terkadang aku tidak faham kerana bahasa arabnya yg fasih dn loghat Sudan yg sedikit berbeza, namun aku begitu gembira dan asyik mendengar si dia bercerita. Paling aku tidak lupa dia berulang ulang kali mengulang tafsir ayat 23-24. Mungkin dia ingin aku betul2 menghayati kisah Maryam ibu kepada Nabi Isa a.s ini..Sampai sekarang pabila singgah pada ayat ini aku pasti teringat kata2 dan nasihatnya..

"Maka dia(Maryam) mengandung,lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat jauh.Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya(bersandar) pada pangkal pohon kurma,dia(Maryam) berkata,"Wahai,betapa(baiknya) aku mati sebelum ini,dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan."Maka dia(Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah," Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya TuhanMu telah menjadikan anak sungai di bawahmu."Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu,niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam ayat 22-25)


Sebak kan.T_T

Tidak pernah ku lupa saat aku habis membaca surah ini,sempat aku bertanyakan pada wanita Sudan itu siapa namanya. Hampir terkejut aku apabila dia memberitahu namanya adalah Maryam.berulang2 kali aku bertanya "ismu maryam?"Kebetulan!seperti tidak percaya namun di sudut hati bercampur rasa bahagia.Sungguh,pertemuan Maryam melalui surah Maryam di Masjid Nabi begitu istimewa di dalam hati ini..akhir kalam.

Mari kita semua menjadi wanita sehebat wanita2 syurga,InsyaALLAH.. ayuh!! ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment