RSS

always b there

"Belleza~ said...

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

p/s-su dah dengar.boleh motivate diri kan :)"


Semalam bermula travelog saya ke suatu tempat yg cukup saya idamkan sepnjang kehidupan saya.perjalanannya yang masih panjang tetapi memerlukan persediaan yang cukup rapi agar saya tidak menghabiskan masa saya dengan sia2.ya Allah rahmatilah perjalanan ku selepas ini dan kurniakan aku ketenangan menghadapi segalan liku-liku kehidupan ini.insyaAllah..amin..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dah rahmat kurniaNya akhirnya saya sudah menghabiskan fatrah exam bagi peperiksaan final tahun yang ke 4.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..semoga Allah mengurniakan kami sumea kejayaan yang cemerlang pada tahun ini..Amin..

---------

Semalam tika perjalanan ke Cairo,tika tremco meluncur laju,aku termenggu sendirian.sambil memerhatikan pemandangan tanaman yang hijau subur di sekitar alur sg nil yg mengalir cukup membuatkan hati aku terusik.melihatkan kanak-kanak yang bermain2 serta wanita2 yang berkumpul membasuh baju dan periuk2 di tepi sungai nil membuatkan aku merasa seperti berada di zaman2 dahulu kala.sudah lama ditemani zaman moden masih ada lagi di ceruk2 kampung yg hidup seperti dulu kala.si ibu2 sibuk menguruskan basuhan,suami pula sibuk menunggang keldai membawa rumput2 hijau.mungkin ingin dibawa ke kebun atau mungkin ingin memberikan makan pada lembu kerbau unta atau kambing peliharaan..dan mungkin juga pada keldai yg ditungganya kan!;)..seronok pula aku melihat anak2 kecil sibuk bermain dgn rakan2 mereka.

ah!mungkin saja aku ini saja yang tidak biasa dgn kehidupan susah.padahal ramai lagi di atas dunia ini yg yang terbelakang dgn teknologi namun merasa lebih bahagia dgn hidupnya berbanding aku!

aku seakan bertanya pada diri apa itu bahagia?

aku termenung seakan tidak dapat menjawab pertanyaan itu..

lalu naluri hati seperti berbisik pada aku..

indahnya bercinta dengan Tuhan
kerana jika aku mencintai Dia
Dia akan melimpahkan aku segala rahmat Kasih Sayangnya yang tidak dapat ditandingi dengan sesiapa pun
jika aku mencintai Dia
Dia akan melindungi aku sepenuhnya penuhnya
Jika aku mencintai Dia
pasti Dia akan menjaga aku dengan sebaik baiknya
dan Jika aku mencintai Dia
pasti Dia semakin dekat dengan aku
jika aku lalai
pasti Dia mentarbiyah dan mendidik aku dengan ujian dan dugaan
jika aku berduka
pasti Dia sentiasa mendengar luahan isi hatiku
jika aku meminta apa yg aku inginkan
pasti Dia mengabulkan segala permintaanku
Dialah yang memberikan aku bahagia

subhanaAllah!

indahnya jika aku mencintai Dia
dan bahagianya jika Dia menyayangiku..


ok,try to hear dis song,bestnya lirik die ;P ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment