RSS

awet muda






oh oh malu malu .hihihi. ini gambar2 nis masa nis tahun 1.wah! xsangka saya ni hot jugak ek dulu..patutlah ramai berkenan dulu2.hahahaha(jgn layan,meme tgh perasan)ekeke..

aigoo. sila tepuk tampar muka anda sendiri ok anis.
sedar2 lah diri tu.hihihi.

btw,saje je nak tulis pasai awet muda ni, kerana tiba2 duk godek2 fail2 dlm komputer xsangka terjumpa gambar lama2 ini yg entah berapa lama terhidden di dlm laptop.
dan tiba2 kembali cuba melihat diri yg sekrg ini dekat cermin. aduii jauh berbeza!

kenapa muka saya skrg sgt kusam?
rasa gelap semacam?
tidak ceria langsung seperti dulu?
adakah saya membiarkan jiwa menjadi tertekan menyebabkan byk tinggal kesan garis2 halus dan kedut di muka.oh tidak!
mugkin kerana hati yg sering gusar dan tidak tenang menyebabkan saya sudah kurang senyum dan cute seperti dulu?

oh! oh! tidak! tidak! saya mahu menjadi sweet 18! kembali~

bagaimanakah?

oh cik anis,
yg pertama anda harus jadi comel2 seperti dulu.
senyum.
guna segala potensi.
jgn duk bimbang2 sgt.
cari environment yg happy kembali.
be happy,nati sumea akan happy with u.

bab kata my pren" let arrr,muda lagi..xyah kut pk masalah cinte yg xkan selesai,jadilah hot hot girl beb,ramai je org nak karang"(aigoo adeke?)

btul jugak an.hihihi.nak jadi hot girl2 lah.;)))

camne nk jadi hot girl beb? i'm asking my pren.
and she answer me very well.
0.K.U.R.U.S (anak dara kene hot.aigoo!saya kene turunkan 10 kg nmpknya) tuk menjadi seperti spt dahulu.wawawawa..caiyouk!!!!(macam terseksa x my caiyouk)hahaha..
1.kemas
2.teratur
3.sopan
4.hati baik
5.ceria
6.ikhlas
7.akhlak baik punya
8.rajin
9.of course kene usaha jadi pandai,baru ramai nak( adeke? xdek kaitan ok.haha)€

adoi,tiba2 rasa satu kerja jugak ek nak jadi hot ni.hurm hurm..xpe2..\

wah tgh semgt nak jaga kecantikan ni.punyalah godek2 lagi tenet dapat satu article dari majalah anis kelauran 2004. jom kita baca nak? cam best je. (uiish,pompuan meme suka lah bende2 cmni=)

Petua Awet Muda.

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud

Sentiasa tenang dan bersikap positif

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

oh,btw,sama2 selamat beramal~~~~caiyoukkkkk! ;P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment