RSS

.terusik hati.

tempat ambil wudhuk

pintu masjid

mari tunaikan solat..=)


wif penduduk sekitar

jaulah egypt summer edition
.kembara komsas.


kota panas siwa sungguh mengusik rasa di hati saya.perjalanan panjang selama 3 jam dari matruh ke sana cukup terkesan di hati saya.kota siwa terletak lebih kurang 300 km dari selatan matruh dan merupakan pengeluar utama zaitun dan kurma bagi negara mesir.dan di siwa inilah terdapat oasis yang sangat luas dan merupakan punca air mineral hayat yang saya sangat suka airnya.sedikit berbeza rasanya berbanding air mineral lain.padang pasir yang gersang sepanjang perjalanan ke sana sungguh mengigatkan saya kepada kembara 4x sinai tahun lepas.sungguh rindu saat itu.pada mulanya saya tidak menyangka siwa yang saya pergi ini merupakan satu kota yang mengingatkan kepada kisah alexander the great.baru saya tahu alexander the great dan iskandar zulkarnain adalah dua insan berbeza.dan bezanya dijarakkan selama hampir 1000tahun.tidak langsung terlintas di hati saya.jika dahulu,sebelum menjejakkan kaki ke sinai,saya sudah terdengar serba sedikit kisah tentang nabi musa yang dikisahkan di dalam al-quran karim dari nenek yang tersayang..namun kembara kali ini sedikit berlainan,kerana saya langsung tidak mengkaji apakah tempat bernama siwa.cuma di dalam hati ini hanya seronok tentang matruh yang terkenal dengan hamam cleopatra dan bahru agibah yang sangat2 cantik.masyaallah..alhamdulillah..kembara kali ini cukup mengisi hati saya dengan kisah2 sejarah yang diceritakan kepada kami.berbeza dengan sinai dahulu,kisahnya banyak saya cuba terokai sndiri.. sedikit berbeza kali ini. tetapi masing2 mempunyai nilai tersendiri yang cukup istimewa di hati saya.=).sebenarnya kisah panjang kembara ini ingin saya ceritakan lagi,namun mengenangkan kesibukan seharian waktu kini menguruskan dua rumah yang 2 2 nya jauh menghentikan niat saya.insyaallah di kesempatan yang akan datang saya akan kembali bercerita buat tatapan sumea..jumpa lagi nanti ye kawan2..=)

waktu nak turun balik

pintu gerbang

wif 1st year

kota alexander the great

jabal mauta




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment