RSS

.riang.


s
udah lama aku tidak mengukir kata.banyak yang ingin aku ceritakan sebenarnya.tetapi tidak tahu dimana titik mula.xapalah.aku teruskan sahaja..

aku tidak tahu.bagaimana sebenarnya kehidupan aku kini.maksudnya kehidupan aku sejak sampai di negara bertuah ini..hmm..baik kah ataupun tidak.berbanding kehidupan dahulu.entahlah..aku pun tidak pasti..tapi jauh d lubuk hati, memori ketika aku di awal remaja dahulu aku genggam erat hingga kini.entah kenapa,bagi aku,kehidupan ketika tu merupakan kehidupan yang paling aku sayangi.mungkin waktu itu,aku tahu menilai diri dan menilai apa itu satu kehidupan..mungkin waktu itu,aku lebih belajar untuk menghargai..

terasa segan pula untuk meneruskan bicara tentang diri ini..

aku tidak pasti,bagaimana kehidupan aku ketika masih kanak kanak kecil.tiada bayangan yang banyak tentang kehidupan ketika itu.cuma yang ada,gambaran2 kehidupan yang sgt happy..zaman berkawan2 dan bermain.belum apa itu tahu asam garam kehidupan kan..

sejak dari kecil,aku banyak menghabiskan masa tinggal bersama si ayah yang kuat berkerja mencari rezeki menanggung isteri dan seorang adikku yang terpaksa ditinggalkan jauh di kampung.ibu aku ketika itu berkerja sebagai cikgu di sekolah agama azhariah.di kejauhan,akulah peneman ayah pagi dan petang siang dan malam..tika ayahku berkerja..aku ditinggalkan sebentar di warung tepi jalan berdekatan pejabat ayah.kadang2 jiran sebelah rumah sudi juga menumpangkan aku di rumahnya..pabila pulang dari tadika,aku akan mengikut balik kawan2 yang berjalan kaki yang sejiran dengan aku.jika ada kesempatan,baru ayahku ambil pabila pulang dari sekolah..kadang2,aku sedih melihat kawan2 yang lain ibu bapa mereka ambil mereka.aku malu dengan kawan2.jadi pabila waktu balik,aku akan tunggu sampai semuanya balik,kemudian aku pulang sendirian.kadang2 aku sampai tersesat jalan.nasik baik jumpa jalan balik semula.hehe.

aku banyak menghabiskan masa dengan ayah dengan telatah ku ketika waktu malam..meneman ayah melihat cerita di tw,mambaca paper dan membuat kerja pejabatnya.kadang2 d waktu malam,ayah aku akan membawa aku pergi makan di restoran tepi pantai batu hitam bersama rakan2nya.sgt rindu waktu itu,makan kerang bakr..bestnyerrr.hihi.selebihnya di waktu siang aku banyak bermain dengan rakan2 sepermainan..dahulu,rumah yang aku tinggal sangat dekat dengan satelit besar di atas bukit.bila aku da belajar geografi,baru aku tahu itu salah antara satu satelit pemancar utama di negara.untuk kaji cuaca dan sebagainya.rumah kami di bawah.jadi petang2 aku selalu mengayuh basikal ungu ku untuk pergi bermain di sana.(kat manelah basikal tu dah p sekrg ni,wujud lg ke x..haha).aku suka ke sana.bukit yang hijau sangat mendamaikan aku. entah terasa seperti tenang..seronok kan..
wahhhhh sgt rindu untuk ke sana kembali..=)

saat aku di tabika,aku tidak ingat sgt apa yang terjadi..
perlu melihat kembali gambr2 lama supaya kengn2 dulu muncul kembali..=)..mungkin kerana aku selalu tukar tabika kot.=).asenye2 aku pernah ada 4 tadika.hahaha.byk kan.mugkin aku stat tabika diumur 4 tahun.awal berbanding rakan2 yg len di malaysia.tapi yang plg aku ingat ketika tadika dulu,aku seronok sgt nak balik cepat,sebab nati bila time nak balik cikgu akan kaci kami sumea makan witamin apeeton!tapi bukan hari2 ckgu kaci..kadang2 aja..nati gemuk pulak sumea orang kan=P.hehe.haaaa..aku masih ingat lagi..cikgu menyuruh kami sumea pulang ke rumah dan menyuruh ibu untuk tolong menuliskan nama kami cantik2 di atas buku yang baru dapat.memandangkan mama berada di kelantan, aku pun pulang dengan semangat untuk menyuruh papa menulis namaku di atas buku baru di malam hari.papa yang keletihan itu ku pujuk2 agar menulisnya.aku ingat lagi ketika itu papa duduk diatas kerusi dengan kemejanya yang belum ditukar..papa yang kelihatan letih menyuruh aku menulis sendiri..papa beri pen dakwat hitam basah di poket kemejanya.aku yang jakun dengan pen itu dengan semangat menulis nama dengan sendiri..esok pagi nya..dengan gembira ,aku hantar buku ku kepada cikgu..tapi..sebaliknya telah berlaku,cikgu memerli dan memarahiku..kerana aku tulis nama dengan huruf berselang2 dengan huruf besar dan huruf kecil.laen dari orang laen.hehe.sejak dari situ,setiap kali aku ingin menulis nama pada buku baru pada setiap tahun sehingga tingkatan 5,pasti aku terkenangkan kisah itu..=)

hmmm..itulah antara memori ku ketika kecil.ketika zaman2 tadika.ase cm nak cerita lagi..tapi cm da penat pulak.upppsss..xpe2..nati len kali kalu nis ada masa,kita cerita pula kisah mase sekolah2 rendah2 and menengah2 dan u deh~~okek2!~=) k..take care sumea..senyum2 selalu..kan senyum tu sedekah..=)

p/s:arigato dak sue2,tima kaseh myk2~baru terbc blog dia td..=P..cyg die!=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment