RSS

moments!







Entah kenapa hari ni saya asyik teringatkan diri saya yg ketika zaman persekolahan dulu. satu persatu kenangan menerpa di benak fikiran saya. dan hati saya begitu sayu mengenangkannya. Saya cuba menepis kerana semuanya telah berlalu yang lebih penting waktu yg ada skrg ini namun hati ini betul2 tersentuh tatkala terjumpa kotak folder yg mengisi gambar2 lama ini.

Mungkin kenangan lalu yg penuh liku dan cabarannya tersendiri ini membantu saya mengemudi liku hidup kini. Mungkin dulu saya tidak matang menghadapi segala liku hidup di asrama namun kenangan dan kesannya memberi kematangan pada diri saya yg sekrg ini. Mungkin segala keputusan dan tindak tanduk saya yg kini dipengaruhi oleh kenangan2 yg lalu. Siapa sangka kesilapan lalu mungkin menyebabkan kita tidak mahu mengulanginya lagi kini malah mahu mengambil jalan yg lebih baik dan terbaik!Itulah kita manusia yg diprogramkan agar learn from all our mistake.melalui liku2 hidup membuatkan kita belajar dari segala  pengalamannya yang di raih.

Mungkin dulu saya terlalu fikirkan diri saya yg suka belajar dengan sunyi dan suka lari ke tepi koridor dari semua orang tika prep malam, mungkin saya dulu suka merungut tidak selesa belajar di asrama, mungkin dulu saya memberontak kerana tidak selesa belajar di skolah yg bercampur lelaki kerana b4 dulu saya belajar sekolah perempuan saja, mungkin dulu saya selalu salah kan cikgu yang tak pandai mengajar dan sebagainya...(hihi kalau nak cerita macam banyak je lagi ;P)

Namun sampai satu tahap, yang saya sedar saya yang harus hadapi segala masalah yang ada. saya yg harus berubah dan berusaha adapt dengan apa jua keadaan bukan menyalahkan org lain yg xberubah2. sebab nanti masalahnya takkan selesai2. Tapi yg sedihnya saya menyedari semua ini setelah semua insan2 sekeliling saya menggapai result SPM dgn cemerlang sedangkan saya tahu saya boleh buat yg lebih baik dan terbaik..
.  ;) hmm xapalah biarlah segala kenangan berbunga di ranting usia. eceh!

saya sedar kesilapan diri dan cuba menerima dn mengubahnya sedikit demi sedikit dari tahun 1 dahulu  dan antara yg dapat saya ubah ialah saya mampu study alatul dari pukul 9 pagi till 4 ptg di lebry Egypt yg bisingnyaaa mak aih macam kat pasar malam. hahaha ;)

Itu antara kenangan saya 5 tahun lalu yg memberi impak sedikit sebanyak diri saya yg 5 tahun selepasnya iaitu kini.

Banyak yg saya belajar sebenarnya. lagi2 berkenaan dgn MIND SET. kita ni sebenarnya potensi diri lebih lebih lebih dari yg kita sangka kan kita mampu buat. cuma kita harus THINK BIG dan melebarkan sayap pemikiran kita beyonds the problem. berfikir merentasi tembok masalah kita. InsyaAllah kita akan nampak segala masalah itu hanyalah sekecil kecil matter.

"Every person has a path to follow. It widens,narrows,climbs and descends. There are times of desperate wanderings but with courageous perseverance and personal conviction,the right road will be found. This is what brings real joy"

Hidup kita ini ibarat roda, kadang2 kita dibawah kadang kita diatas,kadang2 kita semangat kadang2 kita rasa down je, tapi apepun yg happen, just remember kita adalah kita, tiada siapa boleh jadi sehebat diri kita yg kita saja tahu dimana kehebatannya. terimalah diri kita seadaanya, jangan terlalu banding dengan org lain tapi cubalah jadi yg terbaik diantara yg terbaik. be the best of you!. jika jatuh bangkitlah semula, lihatlah segala peluang dn chance yg ada didepan dan usar gusar dengan apa yg telah berlaku dengan masa yg telah lalu,yg lepas telah terlepas dan yg depan jgnlah dilepaskan dengan begitu sahaja, take chance and do your best!

Kekuatan itu adalah diri kita sendiri dan xada lagi yg boleh kita harap dapat memberikan kekuatan melainkan Allah S.W.T  kan. yakin dgn Allah, hasbunallah wanikmalwakil~


p/s:tiba2 hati rasa lega sgt lepas tulis semua ini. mungkin saya harus terus menulis menulis menulis lagi. seronokkk!banyak yg saya dapat untuk diri saya dan mungkin juga dapat membantu insan2 lain diluar sana kan ^^v~

p/s: banyak saya kene koreksi dir skrg ini, kene betulkan balik yg xbetul sb nati effectnya 5 tahun akan dtg kan...........aigoo2! caiyouk2! org yg lupa sejarah boleh ulang bende yg sama tau cik anis comel! aigoo2 fighting!! ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment