RSS

3





indahnya kalau hati saya sentiasa dlm ketenangan..
indahnya hati ini kalau segala perkara dpt di ikhlaskan kerana Dia Yang Maha Pencipta
indahnya hati ini jika sentiasa dekat padaNya
indahnya hati ini jika dapat mencintaiNya dengan sepenuhNya
indahnya HATI ini jika saya sentiasa merasa Dia bersama dlm setiap langkah kehidupan
indahnya jika hati ini jika sentiasa dapat dipenuhi dgn keyakinan yg teguh padaNya

Ya Allah bimbinglah hati hati ini agar sentiasa dekat dengan Mu
Ya Allah walau kadang kadang tersungkur jatuh dlm mencintaiMu
TEGUHkanlah hati hati ini kerana cinta kepadaMu
Ya Allah pimpinkanlah hati hati ini agar menjadi hambaMu yg Muqarrabin
iaitu hamba2 yang sentiasa dekat padaMu

Ya Allah kuatkan hati ku ini menghadapi segala cabaran dan ujian
dan jadikanlah setiap ujian dan dugaan yg dilalui itu hujungnya taufiq hidayahMu yg teramat2 bermakna..

Ya Allah..
sesungguhnya tiada Tuhan yg wajib disembah melainkan Engkau Ya Allah
dan tiada yg dapat memberikan pertolongan selainMu Ya Allah..


kautkan hati hati ini yaAllah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment