RSS

Sahabat~

Salam everyone..

Hari ni banyak saya dapat belajar sesuatu. Dann hari juga saya telah menghabiskan oral instrument dan X-ray. setiap kali exam setiap kali tu ada ragam dan pengajarannya yg tersendiri.

Sebenanrnya dua tiga hari saya belajar sesuatu tentang kawan dan sahabat.

Pernahkah anda merasai pengalaman ditinggalkan sahabat tanpa sebab? atau sahabat tiba tiba bermasam muka dan tunjuk seperti tak suka anda? atau pernah tak merasai sahabat yang mementingkan diri tika kita dalam kesusahan sedangkan kita berkorban untuk dia tika dia memerlukan? 

Boleh saya katakan ini adalah realiti yg kita telah hadapi sedang hadapi atau mungkin akan hadapi nanti...kalau bukan dengan sahabat pun mungkin dengan jiran atau mungkin rakan tempat sekerja , jiran tetangga atau dalam keluarga kita sendiri..

Tapi kalau dalam keluarga berbeza, sejauh mana pun kita xpuas hati, sejauh mana kita bergaduh, kita xkan sanggup nak tinggalkan keluarga kita kan.sebabnya kita sayang mereka, mereka banyak berkorban untuk kita, dan kita menghargai segala kasih sayang yg mereka curahkan.


Saya pernah berbincang dengan seorg sahabat saya tentang sahabat yang pentingkan diri, berkawan kita atas kepentingan, bila tak perlukan kita terus tinggalkan dan pergi ke sahabat lain. Pasti luluh jiwa raga kita menghadapinya bukan?

Terkadang bila menghadapi sorg2 pasti kita sedih. mahu diluahkan takut tergigit lidah sendiri pulak. Nak menghadapi sorg2 pula rasa tidak mampu.

Apapun, jawab sahabat saya pabila saya bertanyakan tentang perkara ini,

Pertama:

hidup ini memang x adil, kadang2 kita buat kebaikan pada org, xsemestinya org tu balas kebaikan    juga, jadi janganlah kita mengharapkan balasan kebaikan itu dari manusia tapi berharaplah agar Allah yg membalasnya dengan pahala, kebaikan yg berganda2 malah mungkin dgn syurgaNya.InsyaAllah~

Kedua:

walau macam mana pun happen, jangan lah kita menjadi terlalu bergantung kepada org lain. kita kene buat diri kita macam mana pun kawan kita tinggal kita, kita xkan jadi lost. kita kene independent. dalam bersahabat bila kita dah rapat sgt ngn seseorg tu, kita kene mentally phsically prepared yg kita xnak bergantung. kita yg hendak memberi. kita yg nak berdikari. jangan selalu berharap pada yang lain. cuba cuba sentiasa bersedia diri untuk tidak terketinggalan dalam apapun keadaan.

Ketiga:

banyak kan bersabar bersabar bersabar. kalau boleh ambil method berhikmah untuk tegur sahabat kita tu. cuba baiki keadaan jika mampu membaikinya. harus jujur kita kecil hati dgn mereka tapi jangan diungkit segala kesilapan mereka. fahami dan terima dgn seadanya. elakkan pertengkaran kerana pertengkaran itu mengandungi beribu penyakit berbanding kebaikannya. Cubalah bertegur sapa.

Akhir sekali,

jangan sekali kali kita bersikap lemah. jgn terlalu tunjuk kita inferior sebab nati org kurang respect dan tindas kita. Just be happy k,kalu kene tinggal pun, relax je. cool je. kita xperlu sape2. Allah kan ada. family kan ada.dlm hati ckp aku boleh hidup sendiri lah ok! eceh! ;)

kalu ada kawan yg psycho kita, dia sengaja buat dia happy je dgn org lain walau xdek kita, kita janganlah tunjuk kita ni sedih, uiii lagi lah dia happy nor..kite kene ler happy tau, cari life sendiri, jgn tunjuk kita ni perlukan dia,jgnlah tunjuk kita kalah,jgn terkalah dgn psyco org tu, org camni kene ler psycho dia pulak.hihi. mcm lawan2 pulak.remember, kita kene strongg tauuu! kene be strong n strong.wokayy!;)

Biasanya kawan ni dia lagi xsuka kawan kita kalu kita sedih2 bermasalah~dia suka dtg bila nampak kita happy. tapi kawan jenis ni kita pun boleh nilai lah rentaknya kan. Jadi,hati hati lah dalam berkawan.

 Pilihlah sahabat yg baik, sahabat yg tak tinggalkan kita waktu kita susah. sanggup tolong kita, menghargai apa yg kita lakukan dan memahami dan menerima diri kita seadanya dan sama2 lah kita berkawan atas dasar ukhuwah fillah. semoga persahabatan kita itu kekal mekar dalam menggapai cinta kepada Allah S.W.T..INSYAALLAH~ ^,^~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment