hmm
Day 1 class o n g
Assalamualaikum wbt.
Hello hello hello everyone. hope everyone is having a great time today ;)
Well, hari ni merupakan hari yg penuh bersemangat sb finally i'm 6 year student da!!hoyeaaah! ;)
Hari ni dengan semangat yg waja lagi wachaaaa! duk depan sekali nak dengar kuliah O n G (obstetrics n gynecology) atau dalam bahasa arab dipanggil sebabgai Nisa & Wiladah.
Dan hari ni jugakkkk rasa soooo speciall dilahirkan sebagai wanita setelah melihat ketebalan buku teks department o n g ( tapi still ok lagi la x tgk surgery lagi lub dub lub dub mak aiii =).
Tadi jugak sempat tgk jar uterus n ovary kat tepi museum . SubhanaAllah kecik saja rupanya uterus ni tapi mashaAllah fungsi dia subhaAllah untuk melahirkan manusia manusia hebat! Betapa besar kuasa Allah dan betapa Islam meletakkan darjat wanita itu setinggi dan semulia2nya...SubhanaAllah~~
Xsabar nak belajar tentang nisa' dan wiladah lebih dalam lagi~~
Fighting!!
final vs 5 year
Salam everyone.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T akhirnya saya telah menghabiskan peperiksaan akhir tahun 5 untuk subjek paeds dan internal medicine.
Speechless. Xsangka. sejauh ini telah saya melangkah rupanya di bumi ardu kinanah ini. Walaupun rasa berat hati untuk meninggalkan bumi yg cukup banyak memberikan erti dalam kehidupan saya, namun saat perpisahan itu pastinya akan tiba. Pada satu saat nanti, saya tetap harus meninggalkan bumi yg yg sungguh kaya dgn ilmu ini walau disebalikya sentiasa bertebangan dengan debu debu pasir.
Sungguh saya sungguh sebak mengenangkan segalanya. Bumi Mesir sungguh istimewa di hati saya. Segala kenangan pahit manis yg pastinya tidak akan saya perolehi dimana mana. Hampir separuh masa remaja saya diabiskan di sini. 6 tahun setengah ,oh cukup sekejap untuk saya teus bercinta dgn bumi mesir!
Alhamdulillah Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, memberikan daku kesempatan dan peluang ini. Ampunilah aku ya Allah kerna dalam aku menjejak langkah2 untuk mendekatiMu untuk lebih dekat, tersungkur jatuh jua daku mengharunginya. Semoga janji hatiku tika pertama kali menjatuhkan telapak kaki ini diatas bumi Mesir ini dapat aku kotakan dengan penuh ketenangan. Ameen Ya RabbulAlamin..
Final year as 6th year medical student menanti esok hari. Semoga semuanya diberkati di sepanjang perjalanya. dipermudahkan urusan. Diberikan kekuatan dan akal yg cerdas membaiki segala kesilapan.Moga dapat muhasabah menjadi lebih baik dan terbaik. InsyaAllah~~
Most powerful is he who has himself in his power!
lots of love,
anisezzah zahidi
14/12/12
Muhasabah exam clinical internal medicine
- Jangan cuak
- Jangan nak cepat
- Ingat steps and do by steps
- Banyakkan praktis dari awal tahun..
- Fahami soalan doctor
- Patient! make she cooperative with u. jangan bagi die distract dn kacau u mase tgh examine
- Kuasai knowledge yg sama macam assay
- Tekankan causes dan differential diagnose and also treatment!.
- Make sure dah buat nota lengkap every round yg belajar sepanjang tahun and keep it safely.
- compare local examination each round
- for general examination ingat betul2 steps because yg tu sama jee untuk ape2 case.point yg berbeza specifickan ikut round.
- history taking. always always and always take history taking sampai ingat xyah tulis pakai cakap je. plzzzz remember tiap headlines yg harus ditanya. history taking skills gets better by practise it every now and then.
fighting!!
reading skills~
Berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan serta kualiti pembelajaran anda:
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".
Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
Membaca Dengan Berkesan: Panduan Umum
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.
Tumpukan perhation kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".
PEMBACA YANG BAIK
Peringatan
;)
Muhasabah diri
Muhasabah Ramadhan lepas?
Tanya diri adakah amalan yg dilakukan pada Ramadhan lepas tetap diteruskan skrg?
Qiamulai ? terus istiqamah tak?
Sedekah?
Yang kita bimbang,kita kempali pd diri seperti sebelum ramadhan. Yang lebih takut malah kita lebih teruk.
Jangan biar benteng yang dibina di ramadhan ditembus oleh syaitan.
biar Puasa tahun ini kifarat dosa..
Nasihat 23:
Tinggalkan 4 perkara:
antaranya ialah jangan bertengkar kerana pertengkaran itu mengandungi bermacam2 penyakit.
Jangan tinggikan suara.
Bertengkar dosanya jauh lebih besar daripada faedahnya.
Pertengkaran itu punca segala yang jahat seperti riak,hasad,takkabur,dengki,permusushan dan merasa dgn kemampuan diri sendiri yakni ujub dan lain2.
Sahabat sahabat nabi ,org2 alim zaman dulu,solat qiamulai lebih 1000 semalaman.
Jangan tengok org atas jika pasal dunia
Tapi tengok org terdahulu tentang ibadah.
Jika kita ingin menzhirkan kebenaran maka disana ada 2 tanda:
1.Bahawa engkau tak membezakan sama ada kebenaran itu nanti tersingkap melalui lidahmu @ lidah org lain daripdmu..
2. Perbahasan lebih disukai seandainya dilaksankan di tempat tertutup...
-beringatlah org yg jahil ialah org yg sakit hatinya.
-Dengki dibolehkan: pada org yg diberikan ilmu kita pun nak berlumba2 menuntut ilmu..
-sesungguhnya hasad itu menghapuskan amalan memakan pahala seperti api memakan kayu bakar.
p/s: point2 yg sempat lah dikaut tika kelas ustaz malik dulu..hihi..moga same2 dpt manfaat ;)
Study smart ;) being smart ;)
genius is the one who can change complicated things into simple things~ ^^
Lagi 3 days nak exam clinical internal med yg markahnya 200.
Rabbuna yusahil~
exam kali ni belajar pasai selagi xantar kertas exam atau keluar dr bilik exam selagi tulahh ade masa
fighting!!! <^^<
Sahabat~
Salam everyone..
Hari ni banyak saya dapat belajar sesuatu. Dann hari juga saya telah menghabiskan oral instrument dan X-ray. setiap kali exam setiap kali tu ada ragam dan pengajarannya yg tersendiri.
Sebenanrnya dua tiga hari saya belajar sesuatu tentang kawan dan sahabat.
Pernahkah anda merasai pengalaman ditinggalkan sahabat tanpa sebab? atau sahabat tiba tiba bermasam muka dan tunjuk seperti tak suka anda? atau pernah tak merasai sahabat yang mementingkan diri tika kita dalam kesusahan sedangkan kita berkorban untuk dia tika dia memerlukan?
Boleh saya katakan ini adalah realiti yg kita telah hadapi sedang hadapi atau mungkin akan hadapi nanti...kalau bukan dengan sahabat pun mungkin dengan jiran atau mungkin rakan tempat sekerja , jiran tetangga atau dalam keluarga kita sendiri..
Tapi kalau dalam keluarga berbeza, sejauh mana pun kita xpuas hati, sejauh mana kita bergaduh, kita xkan sanggup nak tinggalkan keluarga kita kan.sebabnya kita sayang mereka, mereka banyak berkorban untuk kita, dan kita menghargai segala kasih sayang yg mereka curahkan.
Saya pernah berbincang dengan seorg sahabat saya tentang sahabat yang pentingkan diri, berkawan kita atas kepentingan, bila tak perlukan kita terus tinggalkan dan pergi ke sahabat lain. Pasti luluh jiwa raga kita menghadapinya bukan?
Terkadang bila menghadapi sorg2 pasti kita sedih. mahu diluahkan takut tergigit lidah sendiri pulak. Nak menghadapi sorg2 pula rasa tidak mampu.
jangan sekali kali kita bersikap lemah. jgn terlalu tunjuk kita inferior sebab nati org kurang respect dan tindas kita. Just be happy k,kalu kene tinggal pun, relax je. cool je. kita xperlu sape2. Allah kan ada. family kan ada.dlm hati ckp aku boleh hidup sendiri lah ok! eceh! ;)
kalu ada kawan yg psycho kita, dia sengaja buat dia happy je dgn org lain walau xdek kita, kita janganlah tunjuk kita ni sedih, uiii lagi lah dia happy nor..kite kene ler happy tau, cari life sendiri, jgn tunjuk kita ni perlukan dia,jgnlah tunjuk kita kalah,jgn terkalah dgn psyco org tu, org camni kene ler psycho dia pulak.hihi. mcm lawan2 pulak.remember, kita kene strongg tauuu! kene be strong n strong.wokayy!;)
Biasanya kawan ni dia lagi xsuka kawan kita kalu kita sedih2 bermasalah~dia suka dtg bila nampak kita happy. tapi kawan jenis ni kita pun boleh nilai lah rentaknya kan. Jadi,hati hati lah dalam berkawan.
Pilihlah sahabat yg baik, sahabat yg tak tinggalkan kita waktu kita susah. sanggup tolong kita, menghargai apa yg kita lakukan dan memahami dan menerima diri kita seadanya dan sama2 lah kita berkawan atas dasar ukhuwah fillah. semoga persahabatan kita itu kekal mekar dalam menggapai cinta kepada Allah S.W.T..INSYAALLAH~ ^,^~
moments!
Entah kenapa hari ni saya asyik teringatkan diri saya yg ketika zaman persekolahan dulu. satu persatu kenangan menerpa di benak fikiran saya. dan hati saya begitu sayu mengenangkannya. Saya cuba menepis kerana semuanya telah berlalu yang lebih penting waktu yg ada skrg ini namun hati ini betul2 tersentuh tatkala terjumpa kotak folder yg mengisi gambar2 lama ini.
Mungkin kenangan lalu yg penuh liku dan cabarannya tersendiri ini membantu saya mengemudi liku hidup kini. Mungkin dulu saya tidak matang menghadapi segala liku hidup di asrama namun kenangan dan kesannya memberi kematangan pada diri saya yg sekrg ini. Mungkin segala keputusan dan tindak tanduk saya yg kini dipengaruhi oleh kenangan2 yg lalu. Siapa sangka kesilapan lalu mungkin menyebabkan kita tidak mahu mengulanginya lagi kini malah mahu mengambil jalan yg lebih baik dan terbaik!Itulah kita manusia yg diprogramkan agar learn from all our mistake.melalui liku2 hidup membuatkan kita belajar dari segala pengalamannya yang di raih.
Mungkin dulu saya terlalu fikirkan diri saya yg suka belajar dengan sunyi dan suka lari ke tepi koridor dari semua orang tika prep malam, mungkin saya dulu suka merungut tidak selesa belajar di asrama, mungkin dulu saya memberontak kerana tidak selesa belajar di skolah yg bercampur lelaki kerana b4 dulu saya belajar sekolah perempuan saja, mungkin dulu saya selalu salah kan cikgu yang tak pandai mengajar dan sebagainya...(hihi kalau nak cerita macam banyak je lagi ;P)
Namun sampai satu tahap, yang saya sedar saya yang harus hadapi segala masalah yang ada. saya yg harus berubah dan berusaha adapt dengan apa jua keadaan bukan menyalahkan org lain yg xberubah2. sebab nanti masalahnya takkan selesai2. Tapi yg sedihnya saya menyedari semua ini setelah semua insan2 sekeliling saya menggapai result SPM dgn cemerlang sedangkan saya tahu saya boleh buat yg lebih baik dan terbaik..
. ;) hmm xapalah biarlah segala kenangan berbunga di ranting usia. eceh!
saya sedar kesilapan diri dan cuba menerima dn mengubahnya sedikit demi sedikit dari tahun 1 dahulu dan antara yg dapat saya ubah ialah saya mampu study alatul dari pukul 9 pagi till 4 ptg di lebry Egypt yg bisingnyaaa mak aih macam kat pasar malam. hahaha ;)
Itu antara kenangan saya 5 tahun lalu yg memberi impak sedikit sebanyak diri saya yg 5 tahun selepasnya iaitu kini.
Banyak yg saya belajar sebenarnya. lagi2 berkenaan dgn MIND SET. kita ni sebenarnya potensi diri lebih lebih lebih dari yg kita sangka kan kita mampu buat. cuma kita harus THINK BIG dan melebarkan sayap pemikiran kita beyonds the problem. berfikir merentasi tembok masalah kita. InsyaAllah kita akan nampak segala masalah itu hanyalah sekecil kecil matter.
p/s: banyak saya kene koreksi dir skrg ini, kene betulkan balik yg xbetul sb nati effectnya 5 tahun akan dtg kan...........aigoo2! caiyouk2! org yg lupa sejarah boleh ulang bende yg sama tau cik anis comel! aigoo2 fighting!! ;)
koreksi diri
Mungkin apa yang dituliskan ini segelintir tidak akan faham.
saya cuma mengambil ruang untuk menulis kembali point2 yg saya dpt di satu talk beberapa bulan yg lepas yg saya sendiri mengabaikannya.hihi baru terjumpa sekeping kertas ini yg mungkin memberikan juga sedikit faedah dn manfaat ;)
-bende yg x suka buat, jadikan challenge sampai reti buat.
-back to basic: pilihan kita untuk berjaya?
-nak berjaya tapi x mahu bertindak dan merancang untuk berjaya?
-every single time we have to make decision!! takkan terlepas bende ni, baik decision kita,baiklah hasilnya~
-Mesir ini bumi anbia,adakah sama seperti di malaysia? banyak kelebihannya,kenapa diri tidak sedar? jika masih tidak sedar dan tidak matang,we just wasting our time here. betapa rugi rugi ruginya!!
-rabbana atina fi dunia hasanah,wafil akhirati hasanah wa kina azabannar~
-success---> not just with ur medical books,harus success secara menyeluruh
-to success---> harus ada ROAD MAP TO SUCCESS..
-KITA SECARA SEDAR HARUS CUBA UNTUK BERJAYA.
-Mengajar yang makruf dan mencegah yang mungkar
-nak lulus senang
-mesti rancang dan kene belajar teknik untuk berjaya!!
-Dimensi cara kita berfikir
- YOu Must Be The Best Of YOU!!
-InsyaAllah..kita mahu jadi umat terbaikk!!
-MAHU TAHU MAMPU!!
Dr Halimah Ali
COCTAIL ;)
Alahmdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah dapat merasakan ramadhan hingga ke separuhhnya..
Macam mne sahabt2 sumea? masih bersemangat lagi mcm awal2 ramdhan2 dulu?
Sebagai manusia biasa dn hamba yg lemah, saya juga mengalami penurunan semgt dalam memperbanyakkan amalan kita di bln ramadhan ini. Ditambah dgn cuaca yg panas, serta jadual kelas yg pack menyebabkan kita lebih senang untuk berehat2 daripada menghabiskn zikir2 harian yg mampu mengisi hati ini bukan. Dan mungkin juga perasaan malas itu lebih menghantui dn menerajai diri ini.
Dan ini tentunya sgt merugikan kita bukan.
Ah,sungguh saya mencari2 semgt akan timbul kembali rasa bersungguh2 dlm mengejar kelebihan ramadhan ini. Dan sehingga satu ketika yg lepas, air mata lantas jatuh pabila terdengar seorg ustaz membicarakan tentang malam LailatulQadar malam seribu bulan!kerna saya sungguh melupakan tentang itu!
Ustaz menceritakan antara hikmah mengapa mlm lailatulqadar itu diletakkan pada sepuluh mlm terakhir adalah untuk menaikkan semula smgt kita untuk bersungguh2 untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana biasanya pada pertengahan ramadhan semua sudah seperti layu dan kuyu..
Dan sungguh pabila mengenangkan betapa ruginya kalau kita tidak mengejar ganjaran mlm laitulqadar itu membuatkan kita yg layu dn kuyu ini kembali untuk bersemgt beribadah kembali bukan?
Lailat al-Qadr Malam Keagungan
Terjemahan
subhanaAllah,indahkan ayat ni.. :)
;)
Salam Ramadhan~
Sudah lama nis tak blogging. terasa kosong sungguh melihat post2 lepas. seakan x menarik langsung kan.;P
Alhamdulillah tahun ni nis dapat lagi merasakan indahnya ramadhan di Mesir,bila da selalu duduk sini waktu puasa dn raya rasa mcm lagi seronok je kat sini. dah terbiasa agaknya kan sampaikan kawan2 excited nk balik malaysia raya nis boleh pulak mcm xdek perasaan je.. ;)
Hari ni seharian nis amik masa untuk relax,respect diri dn respon kepada persekitaran rumah .eceh! padahal hari ni buat cuti sendiri. haiiii xtahulah nis ni..sepatutnya mne boleh mcm ni. mcm mne nk berjaya?
Tapi kadang2 kita kene tahu juga limit kita. kadang2 kita harus jugak hirup udara baru dn mencari semgt baru. Nis akui mungkin kerana asik belajar belajar belajar i mean ke kelas ulang alik balik rumah tido and the same things goes repeatedly everyday menyebabkan kadang2 diri ini sesak nafas!
Seriously hari ni rasa seronok sgt sb nis doing sumething yg mmg out of my study. kemas2 dapur rumah bilik basuh baju itu ini berperangg dgn lipas yg byk sekali di dapuq tu menyebabkn nis tiba2 rse mcm nk jadik suri rumah sepenuh masa aje. seriously! ;)
btw,hari ni rajin memasak tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...hehe ;)
p/s: teringin nasi kerabu dpt buat kerabu pun jadilaaaa ;P
T_T
Hari ni rasa nk nanges sgt T_T
xtahu kenapa.
T_T
Hari ni rasa penat sangat.Rasa sgt xlarat. Pagi bgn p kelas, balik kelas revision kelas, ptg sampai mlm tucen, mlm klu ade kesempatan kene p round. Rasa nak nanges sb xsekuat kawan2 lain. bila mengamuk pada diri sendiri, rasa xnk p sumea nkk bungkus diri.
plus macam2 masalah nk kene pk.
seriously hati ni masih xtenang walau dah 234 hari mcm ni.
sgt sedihhhhhhhhh sb rasa mcm xde yg memahami .
senyap senyap senyap pastu ambik kesempatan dan penting diri sendiri
lagi sedihhhh .T_T