Kenangan lalu menganggu mindaku.gmbr,video dan segala rakaman dia membuatkan aku tiba-tiba sedih dan pilu.bukan niat untuk membuka kembali kisah silam yg telah terukir.cuma diri ini susah untuk melenyapkan segala apa yg bermain diminda.
Satu per satu segalanya kembali segar dalam ingatanku.Kenangan pertemuan bersama dia 4 tahun lalu sungguh membuatkan diri ini terusik.kalaulah dia tidak hadir entah apa agaknya terjadi pada diriku.dialah antara pembakar semgt,peneman aku berkongsi suka,penenang aku tika duka,penolong aku ketika susah..dan dia juga antara insan yg paling memahami diri ini sepanjang kehidupanku.
4 tahun berlalu penuh dgn kisahnya tersendiri.kegembiraan bertemu tapi perjalannya begitu sukar.goyah dengan pelbagai ujian dan cabaran.kekangan terlalu byk menghalang.Betapa sukarnya melalui segala masalah yg bergolak di jiwa.Mencuba bertahan menjalani kehidupan seperti biasa.Perjalanan yg begitu sukar kdg2 mendatangkan rasa sesal.sedih memilih jalan ini. Abis rosak jiwaku,abis rosak cintaku pada Ilahi..
Berkali-kali dan mungkin mungkin juga berjuta kali aku ingin untuk menghentikan segala segalanya.Mahu ditinggalkan dan di tinggalkan.Ingin aku menjadi seperti yg lain,mudah sahaja menolak cinta.Ingin aku buat tidak peduli .namun dadaku sesak memikirkannya.bg aku bukan mudah untuk menyintai seseorang .dan bukan mudah untuk melepaskan begitu sahaja rasa sayang pada seseorg lain.bg aku cinta itu terlalu istimewa.tidak akan ada dua atau tiga…
Aku ingin mencintai seseorg itu dgn tulus hatiku.Aku mahu cintaku mengalir bersama keredhaan dan keberkatan Ilahi.Kerana aku ingin merasai rasa cinta yg lebih indah iaitu cinta Ilahi.Aku ingin hidup keranaNya.melaksanakn segalanya dgn tenang.
dan aku pasti semua insan pastinya menginginkan seperti aku.kerana itu lah fitrah manusia.menginginginkan yg terbaik dlm hidupnya.
Setiap insan pasti akan diuji ttg cinta.namun yg berbeza mungkin pada jalan ceritanya.ada yg duji dgn pahit,ada yg sukar dan ada yg getir.namun persoalannya adakah dgn ujian cinta itu membuatkan kita ini lebih dekat pada Tuhan Yang Maha Esa ataukah kita menjadi lebih jauh dariNya? adakah mencintai cinta dunia itu lebih indah dari mengenali cinta yg lebih hakiki..adakah dgn ujian cinta yg dialami itu membuatkan kita berfikir serta menilai betapa berharganya erti sebuah cinta menurut Islam?oleh itu,tepuklah dada,tanyalah pada diri sendiri.. .
"Aku rasa sg Nil dan Mesir itu jodoh"
Teringat bait kata ini yang aku baca di blog sahabatku. Bertemu kembali ketika menonton filem ayat ayat cinta bersama adik bongsu tersyg. Ya,bg aku juga memang sg. Nil dn Mesir itu jodoh.Mesir itu sgt indah bersama sg. yg terpanjang di dunia itu.tanpa sg. Nil malam dan siang di Mesir itu bagaikan tidak hidup.kedinginan Mesir masih lagi setia ditemani sg.Nil hingga kini.Tidak pernah ia meninggalkannya.dan tidak pernah ianya kering.sg Nil itu penyejuk hati mesir..Mesir itu sgt memerlukan sg Nil dlm kehidupannya dan begitu juga sebaliknya dan kerana itulah juga aku rasa mengapa sg Nil dan Mesir itu bertemu..
Ah!tiba-tiba aku rindu pada mesir.hembusan angin yg begitu halus di waktu petang,sambil termenung sayu melihat arus sg.Nil bisa membuatkan jiwa aku tenang dari gusar.sunnguh rindu melihat wajah sg.Nil yg sentiasa mengingatkan aku pada kisah Nabi musa yg dihanyutkan oleh ibunya,khuatir anaknya itu dibunuh oleh Firaun laknatullah...
“aku rasa sg. Nil itu juga byk mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran ”
Duhai anis,kuatkanlah!Bahagia itu pasti tiba.
“Ya Allah jika jodohku jauh,dekatkanlah..”
“Jika jodohku sukar permudahkankanlah..”
“Kurniakan aku ya Allah,suami yg solleh,anak2 yg soleh dn solehah,keluarga yg soleh,agar aku dapat mengenal rasa cinta kepadaMu”
“ya Allah kurniakanlah kami syurga Firdaus dan masukkanlah kami kedlm golongan org2 yg Engkau kasihi..”
Aminn..
Anisezzahzahidi,
23 Feb 2011
3.38pm
Pahang,Mlaysia.
::Disebalik Nil::
21:08 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment