ingin aku berlari
mencari segala ilmu
agar dapat ku hayati semuanya
agar dapat ku jiwai segalanya
moga aku mengenal satu erti.
Pagi hari ini aku langkahkan kaki dengan semangat. Pagi pagi lagi sudah turun mengorakkan langkah ke gamaah(University). Entah kenapa hari ini aku benar2 rindu untuk melihat suasana di pagi hari. aku terasa ingin berjalan dan berjalan melihat segala isi bumi. Jarang sekali aku begini. Selalunya pasti memilih teksi untuk ke kuliah kerana lebih mudah dan pastinya lebih cepat!.dgn berbekalkan 2LE(RM 1.25) pun sudah cukup untuk naik teksi coklat krim yang cukup banyak di atas jalan raya.
Pagi yang cukup indah benar menenangkan jiwaku. Ku lihat masing-masing semua sibuk berkejaran dengan masa untuk pergi ke kuliah masing2.ada yang berbasikal,berjalan sendirian,berteman dan tak kurangnya ada yang memandu kereta.jalan mmg penuh dgn ragam2 manusia yang majoritinya arab.mujur aku keluar awal sikit bolehlah aku relax berjalan.Perjalanan yang mengambil masa hanya 15 minit berjalan kaki benar2 mengubah menaikkan mood ku.gembira!
Hari ini di kelas,1st time aku dapat berjumpa dengan patient ophthal.excited!yelah dah 3 kelas aku terlepas kelas akibat demam dan selesema.bertuah betul!hehe=).Alhamdulillah..dah kembali sihat dan cergas.yeay!hari ini aku sebenarnya belajar sesuatu yang sebenarnya amat berharga!akibat ter"excited" sgt nih nk tgk patient sampai aku dan rakan2 lupa untuk cuba berkomunikasi dgn patient.dtg2 je terus suluh lampu check mata patient sampaikan patient menangis!.
kami:Assalamualaikum..(kami mula menyuluh torchlight)
Patient 2:(sambil memejamkan matanya)
kenapa sumea org check mata saya. saya dah letih!mata saya ada masalah besar ke? kamu nampak saya xpelah tapi saya tak nampak kamu.saya sedih...(tiba-tiba menangis)
kami: (cuak!) ada yang lari ke patient 3 termasuk saya.dan ada yang datang mengusap patient tu.
nis: sebaklah pulak. sedih dengan diri sendiri.(**sigh**)kenapa lah xpernah nak cuba faham situasi org lain.terasa sangat xberadab dgn patient. kalau xmampu pun patutnya harus hormat pada org yg lebih berumur.(marah pd diri sendiri.hihihi)
Pengajaran besar yang diperolehi hari ini.moga akan aku ingat sampai bila2!.
"learn from a mistakes and don't do that again" =)
miss take
06:46 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment