RSS

.ahlan ya ramadhan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


.selimut merah dikaki..ku tarik lembut.dua bantal yang mengalas kepalaku ku tarik satu.tinggi sgt rasanya.mata yang sudah kuyu ini sudah tidak sabar agaknya untuk dipejam.namun cahaya bilik yang masih terang seperti memaksa diri ini untuk tidak tidur lagi..ku cuba alihkan badanku ke tepi.mengiring menghadap dinding putih yang ditemani polistrin dark pink yang tidak setia terlekat disitu.selalu sahaja ia hendak jatuh.sudah penat rasanya menukar double tape padanya.tidak kuat gamnya.xapalah.aku ingat ingin dipaku kan sahaja nanti..=)

lagu di hanset yg masih lagi berbunyi memecah keheningan sunyi malam.ku capai sebentar hanset kecil itu.membaca kembali msg2 salam ramdhan yang dihantar rakan2 dr jauh dan dekat.terima kasih kwn2.=)..ramadhan tiba lagi.alhamdulillah,ku panjatkan penuh syukur kehadrat ilahi kerana allah masih memberi aku peluang sekali lagi menemui bulan yang penuh berkah ini.terpaku sebentar membaca msg muna yang dihantar tadi."salam ramdhan..cubalah amalkan sifat sabar dlm menjalankan ketaatan kpd allah,meninggalkan maksiat dan sabarlah apabila kita ditimpa musibah dan dugaan..doakan kejayaan semua!=)"..mudah mudahan sama2 kita semua dpt mengamalkanya..=)

terasa sungguh kecewa dengan ramadhan yang lepas.kerana terlalu risaukan exam dur.aku hilang dalam mencari sinar ramadhan.gagal menggunakan peluang yang ada.lebih2 lagi di mesir ini.sayang sekali..ramdhan lepas dirasakan kosong.tidak rasa apa2.seperti tiada erti..langsung tidak mengambil peluang untuk muhasabah diri.langsung tidak berusaha untuk membaiki diri..
sedih kerana ramdhan lepas berlalu seperti hari2 biasa..

mudah mudahan ramdhan kali ini memberikan seribu erti..

teringat pesanan seorang kakak senior yang memberi nasihat sempena ramdhan ini..
"gunalah peluang ramdhan kali ini dengan sepenuhnya..kerana kita tidak tahu ajal kita bila.mungkin ini ramdhan terakhir bagi kita.sayang tidak digunakan peluang ini.syaitan telah diikat.hanya tinggal diri kita dan nafsu.ketika inilah kita hendak mendidik jiwa.mendidik nafsu.di sinilah kita ingin mengenal kelemahan yang ada dan membaikinya.hanya di bulan ramadhan adanya mlm seribu bulan.mlm lailatulqadar.yang dianggarkan bersamaan seribu bulan itu = 83 tahun beribadat.sama2 kita cuba mencarinya.dan di bulan inilah kita dpt mendidik untuk menunaikan lebih byk solat dengan solat terawih,sama2 membaiki solat,bacaan dan sebagainya disamping mengeratkan ukhuwah.mudah mudahan selepas ramdhan ini kita kembali kepada fitrah dan terus mengamalkan seperti ketika di bulan ramdhan.."

terima kasih kakak di ats nasihat yg diberikan=)

ahla ya ramdhan..
mudahan2 kita mendapat rahmat dan keberkatannya..
moga2 allah s.wt meberikan pengampunan kepada kita semua..aminn..=)

salam alaik..^_^


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment