RSS

konflik

Alhamdulillah hari ini cuaca cukup baik.tetapi masih sejuk.hihi.cuma mungkin rasa dah mula boleh adapt.yelah mula-mula tu panas pastu tiba-tiba terus sejuk.badan pun a bit shocked kan;).hihihi

hmm.nis sebenarnya tak tahu nak tulis apa.macamm2 idea dtg tapi xtau nak tulis mne satu.this week nis byk kali turun cairo kerana ada urusan.so rasa macam2 nak cerita pasal my perjalanan to cairo.seronok..;)))cuma sekrg ni nis rasa tiba2 mcm nak luah something yang mugkin nis baru sedar.

err nis tak tahu nak start from where.but my luahan hati ini sebenarnya about "friends".
Alhamdulillah setakat ni nis rasa mcm still xde masalah with friends.xdelah mcm gaduh besar ke ape.so far so good.little2 things yg still boleh tolerate tu biasalah kan.
tapi dalam2 nis ni macam ok ni,i'm still bimbang kalau2 ade my fren yg kecil hati but i dont know about it.yelah,kadag2 nis sedar je silap nis,tp buat2 xtau2 samapi xjaga hati org.macam sedih kan pulak kalau mcm tu.kasihan kawan kita tu..huhu..

hurmm..mmg normal lah kan kita akn a bit sad kalau nis ade dgr2 from other fren yang ada another friend cakap2 belakang pasal diri kita.of course lah kan every manusia akan rasa macam tu bila dapat tahu kawan kita cakap2 n ngumpat belakang tapi bila depan buat baik n biasa je.sedihnya!

tapi nobody was perfect.always doing a mistake.dan nis pun kalau involve sembang2 with frens,mmg normal akan suka gossip2 ni.kadang2 sembang sampai btul2 xhingat dunia!xtahu dan xsedar diri dah buat silap.entahla bila fikir2 balik sedih sebab bakpo diri ni xdek kekuatan nak prevent sumea bende yg silap dan dosa.tiba2 rasa mcm ah aku ni selalu rasa sedih kalau org buat camtu kat kita,tp kita buat kan org xpe.;(

aigoo.tiba2 rasa nak lari kat satu tempat yg xkenal sumea org,nk duk sorg2,nak tenangkan fikiran,xnak tahu semua cerita org,nak tutup mulut rapat2.

nis mmmglah rasa s.u.s.a.h tapi sebenarnya b.o.l.e.h. kan kan kan

----------------------------------------------------------------------------

konflik rakan2 lah nis rasa mcm bende plg susah kat dunia ni.tapi boleh dihandle jika pandai.tiba2 teringat pada satu buku "chit chat mengenai sahabat".buku ni sue sue syg yg kacik kat nis masa birthday dulu.sue delivery tuk nis.nis bawak pergi mesir.tq sue!!luv u~~..walau xpernah jumpa sue.sue tetap di hatiku!cewah!..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hikmah




"be beautiful and you will see the world beautiful;)"

Pagi yang sungguh mendinginkan.Ah!angin monsun manalah yang muncul.eh bukan!itu hanya berlaku di sebelah Asia.Tidak mungkin ada monsun barat daya di benua Africa ini!mungkin angin dari laut meditteranean yang datang dari entah arah mana..harus kembali mengkaji serba sedikit ilmu geografi itu untuk memahami serba sedikit kejadian di sekililing.oh sejuk!sungguh tidak dapat ku tahan.badan mengigil menahan kesejukan.memang terlupa langsung untuk mencapai coat winter di penyangkut.angin kencang yang bertiup ini seakan ingin membawa aku pergi jauh.oh terbanglah bersamaku!

hampir sumea pasu cantik di hospital mata tumbang dan jatuh.kasihan!aku mula merasa ada rintik rintik kecil jatuh di muka ku.ku tadahkan tangan.ah!hujan!ku pandang ke bawah.terlihat rintik hujan yang teratur meninggalkan jejaknya.tidak bertindih sesama sendiri lagi.ah!cantik!kembali aku melihat sekeliling..baru sedar semua berlari mencari tempat perlindungan.emak ayah yang mendukung anak cepat2 menyelimutkan anaknya.bimbang barangkali!tidak kurang ada juga yang masih duduk berdiri di kaki lima.tidak bergerak berlari entah kemana.ah!biasalah.mesir mmg begitu.kaki lima itulah yang menjadi tempat tinggal sebahagian kecil di sini.tidak pelik jika melihat ada yang sedang baring berselubung selimut tebal dan bantal di kaki lima.itu biasa!

Sempat rakan disebelah menegur "anis dah baca doa ketika hujan?"
"oh belum,terlupa hujan itu rahmat!alhamdulilah.."

Langit yang mendung.Matahari telah bersembungi.Ku mencari awan yang biru.Mungkin sudah berat untuk di tanggung.lalu jatuh menjadi hujan.pasti tanah dan pohon-pohon di bumi sedang bersorak kegembiraan.menyambut kedatangan si hujan.Indahnya kejadian alam jika ditafsirkan.Bertapa hebat kejadian Tuhan,Allah S.W.T yang Maha bijaksana.

Aku menutup tingkap.Termenung seketika memikirkan apa yang terjadi di pagi hari tadi.Lantas menyambung kembali duduk di kerusi.Melihat buku ophthal terhidang di hadapan,harus menyambung kembali bacaan..

aku ingin faham!

anis ezzah zahidi
mansoura-egypt
8.34pm
11.12.2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS