RSS

panas

#Panasmu bukan negatif#

Panas terik mentari semakin terasa bahangnya. Lantas ku lihat jam di tangan, "oh patutlah sudah pukul 1 rupanya,panas betul hari ini", desus hati kecilku. Mungkin Mesir sudah mahu bertukar cuaca agaknya. 3 bulan musim panas di setiap dipertengahan tahun bisa mengugat kesabaran sesiapa sahaja, namun 3 bulan ini juga Allah hadiahkan bulan yg berkah iaitu rejab,syaaban dan ramadhan yang tidak terhitung banyaknya pahala,rahmat dan kebaikan daripada Nya. MasyaAllah.." aku bermonolog sendirian. Menyelusur jalan pulang ke rumah dari Universiti hari itu begitu tenang sekali, entah kenapa istad gamaah kelihatan begitu lengang. Selalunya penuh sesak dengan manusia yang kelihatan berkejaran dengan urusan dunia masing masing. Aku tegar melangkahkan kaki pulang walau sedikit kepenatan.Sekali sekali aku sepak anak anak batu di tepi jalan. Comel!. Pohon rendang berbunga unggu terkadang tersapa dek angin yang datang membuatkan hatiku jadi layu. Sungguh aku rasa tenang sekali. Indah.Tidak seperti selalu. Hatiku menjadi sayu mengenangkan ini saat saat terakhirku di bumi Mesir sebelum pulang berbakti di tanah air. Pada saat yang sama di tahun hadapan, telapak kaki ku bukan lagi di sini,berpijak di jalan ini,di bawah mentari yang panas yang sentiasa menemani, tidak lagi berpijak di atas bumi bertuah kurniaan Ilahi...

Mesir panas terik mu mengajar aku banyak erti. Erti bersabar dalam melakukan segala urusan. Erti bersyukur kerana ada insan yang lebih susah dari diriku sendiri. Erti tabah di saat diri rebah jatuh tersungkur. Mesir,pasti aku rindu panas terik matahari yang menyimbah kulit ku saat aku gagah dan sibuk mencari mutiara dan permata disebalik debu debu pasir mu yang berterbangan.

anisezzah zahidi
24/5/2012
1.08pm
mansoura,egypt

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS